
Wednesday, 5 June 2013
Final Exam

I Knew You Were Trouble
By Taylor Swift
Once upon
time
A few
mistakes ago
I was in
your sights
You got me
alone
You found me
You found me
You found me
I guess you
didn't care
And I guess
I liked that
And when I
fell hard
You took a
step back
Without me,
without me, without me
And he's
long gone
When he's
next to me
And I
realize the blame is on me
Cause I knew
you were trouble when you walked in
So shame on
me now
Flew me to
places i'd never been
Till you put
me down oh
I knew you
were trouble when you walked in
So shame on
me now
Flew me to
places i'd never been
Now i'm
lying on the cold hard ground
Oh, oh,
trouble, trouble, trouble
Oh, oh,
trouble, trouble, trouble
No apologies
He'll never
see you cry
Pretend he
doesn't know
That he's
the reason why
You're
drowning, you're drowning, you're drowning
And I heard
you moved on
From
whispers on the street
A new notch
in your belt
Is all I'll
ever be
And now I
see, now I see, now I see
He was long
gone
When he met
me
And I
realize the joke is on me
I knew you
were trouble when you walked in
So shame on
me now
Flew me to
places i'd never been
Till you put
me down oh
I knew you
were trouble when you walked in
So shame on
me now
Flew me to
places i'd never been
Now i'm
lying on the cold hard ground
Oh, oh,
trouble, trouble, trouble
Oh, oh,
trouble, trouble, trouble
When your
sadest fear comes creeping in
That you
never loved me or her or anyone or anything
Yeah
I knew you
were trouble when you walked in
So shame on
me now
Flew me to
places I'd never been
Till you put
me down oh
I knew you
were trouble when you walked in
So shame on
me now
Flew me to
places i'd never been
Now i'm
lying on the cold hard ground
Oh, oh,
trouble, trouble, trouble
Oh, oh,
trouble, trouble, trouble
I knew you
were trouble when you walked in
Trouble,
trouble, trouble
I knew you
were trouble when you walked in
Trouble,
trouble, trouble!
5 Perkara Yang Menggambarkan Diri Fyza
Dari dulu sampai sekarang memang Fyza tak boleh berenggang dengan dua benda ni... Tv banyak siarkan cerita seperti anime, berita, filem, drama dan lain-lain.. Komputer pulak tempat Fyza main game... Kalau tv siarkan cerita yang Fyza tak minat, Fyza main game.. Kalau komputer ada orang guna, tidur je la, tak pon baca novel.. hehe..

Novel


Boleh dikatakan kalau sehari tak makan nasi pon, tak apa.. Kalau kat rumah, seminggu 2 bungkus roti buku boleh habiskan.. Memang Fyza dengan adik-beradik suka sangat dengan roti.. Keluarga 'Hantu Roti'... Jenis keluarga yang jarang makan nasi... Roti sosej, roti keju, roti kaya, semua makan.. hehe..
Kawan
Fyza suka berkawan.. Kalau siapa yang tak kenal dengan Fyza memang akan salah sangka yang Fyza ni sombong... Tapi tak apa, Fyza tak kisah pon sebab pandangan orang berbeza-beza.. hehe.. Fyza suka dengan pepatah ni, 'berkawan biar seribu, bercinta biar satu'....

Sukan
Dari sekolah rendah lagi, Fyza aktif bersukan.. Masa sekolah rendah, pernah masuk acara olahraga 200 meter dengan 4x200 meter.. Wakil sekolah dalam acara bola jaring.. Sekolah menengah tak ada la wakil sebab ramai yang berbakat.. Tapi sempat juga belajar main sofbol dan bola tampar.. Main sebab boleh buat kawan baru dan sangat seronok.. hehe..
Kalau kat tv ada siarkan acara sukan macam Sukan Olimpik, Sukan Sea, memang Fyza dengan keluarga sanggup makan di depan tv.. hehe...
Dari sekolah rendah lagi, Fyza aktif bersukan.. Masa sekolah rendah, pernah masuk acara olahraga 200 meter dengan 4x200 meter.. Wakil sekolah dalam acara bola jaring.. Sekolah menengah tak ada la wakil sebab ramai yang berbakat.. Tapi sempat juga belajar main sofbol dan bola tampar.. Main sebab boleh buat kawan baru dan sangat seronok.. hehe..
Kalau kat tv ada siarkan acara sukan macam Sukan Olimpik, Sukan Sea, memang Fyza dengan keluarga sanggup makan di depan tv.. hehe...
Did You Know?

Want know more?... Click here ---> http://didyouknowblog.com/
https://www.facebook.com/didyouknowblog
Hujan
Hujan.. Hujan... Hujan.... Bila hujan je, rasa nak letak kepala kat bantal.. Anginnya yang sejuk, perasaannya macam berada di kawasan bersalji.. Memang terbaik la kalau nak tidur... Kan.... hehe.. Kalau hujan je, lagu Sudirman mesti tengah main kat kepala... Jom nyanyi... Hujan dan Airmata..
Hujan yang
turun bagaikan mutiara
Berkilau
bersinar berkerdipan
Subur
menghijau bumi terbentang
Dan bayu
berpuput lembut
Cinta yang
bersemi
Diwaktu
hujan turun
Menyirami
ketandusan hati
Dan hujan
turut mengiringi
Engkau
pergi...
Selembut
hujan bercurahan
Begitulah
cinta ini
Semesra bumi
yang disirami
Begitulah
hati ini
Hujan yang
turun bersama air mata
Bersama
pedih, bersama rindu
Kau datang
dan kau pergi jua
Rindu
lagi...
Alahai Menantu

Gambar ni antara babak yang dimainkan... Sinopsisnya lebih kurang macam ni...
'Pak Usop dan Mak Bibah mempunyai seorang anak lelaki bernama Judin yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Suatu hari, sepucuk surat dari Judin telah diutuskan. Dalam surat tersebut mengatakan Judin akan pulang ke kampung. Tetapi bukan berseorangan. Judin akan pulang bersama isterinya yang telah dikahwininya di sana. Persoalannya, adakah menantunya dapat mengikut adat Melayu dan bagaimana penerimaan orang kampung?..'
Teater ni sangat menarik.. Tergelak-gelak kami sebagai penonton dengan lawak yang dibuat oleh barisan pelakon.. Tak kering gusi... Loghat yang dituturkan bermacam-macam.. Ada loghat Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, dan Jawa.. Memang tak rugi datang.. Apa-apa pon, tahniah kepada mereka yang menjayakan teater ini...
Penyebab dan Punca Jerawat
Jerawat
di Dahi
- Suhu atau haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih dalam erti kata lain tekanan atau stress.
- Tips: Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air kosong dgn banyak.
Jerawat
di Hidung
- Jika jerawat singgah dikawasan hidung mungkin haba perut yang tidak stabil dan sistem penghadaman yang bermasalah atau sukar untuk buang air besar.
- Tips: Banyakkan makan buah-buahan atau sayuran untuk membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik. Kalau perut bersih, muka pun bersih.
Jerawat
di Dagu
- Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. Selalunya petanda untuk datang period.
- Tips: Manjakan diri dengan bau-bauan aromeraterapi yang boleh membantu merelekskan dan mengimbangi hormon.
Jerawat
di Pipi
- Berkemungkinan fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Juga berkait rapat dengan masalah paru-paru.
- Tips: Amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa lah berada dalam persekitaran yang bersih. Jauhi rokok dan asap rokok.
# Sekadar untuk berkongsi #
Kursus Jati Diri
Fyza : Kursus Jati Diri?.. emm.. Bila?..
Maliza : 17 sampai 19 Mei...
Fyza : (Tak ada apa-apa program masa tu, tapi malas nak pergi) <--- dalam kepala
Buat kat mana?...
Maliza : Kat Melaka.. Ala, jom la... Teman aku...
Fyza : (Melaka!.. Aku tak pernah sampai lagi... Teman je la.. Kesian pulak aku tengok muka budak ni...)
Ok.. Aku pergi teman ko..
Lebih kurang macam tu la perbualan kami.. Pada asalnya nak mengelak, tapi bila dengar nak pergi Melaka, pergi jugak sebab program tu buat kat luar U.. Dapat jugak keluar dari terperap kat bilik... Fikir positif tetiba.. hehe..
Ni pulak aktiviti di sebelah petang..
Aktiviti seterusnya, buat pembentangan menggunakan PowerPoint mengenai tajuk yang telah diberi... Kumpulan Fyza dapat tajuk Negara Republik.. Fuhh... Penat jugak la cari info pasal tajuk ni... Apa beza negara republik dengan raja berperlembagaan...
Akhir sekali, kami pulang ke UKM... Banyak faedah yang kita akan dapat bila kita menyertai sesuatu aktiviti.. Yang pertama, mestilah dapat kawan baru.. Orang cakap, berkawan biar seribu.. Kedua, dapat ke tempat yang menarik.. Kalau tak menarik pon, sekurang-kurangnya kita jejak juga kat tempat tersebut.. Ketiga, dapat ilmu... Walaupon sedikit, tapi bermakna... Gambar di bawah ni hanyalah sekadar kenang-kenangan.. hehe..
Maliza : 17 sampai 19 Mei...
Fyza : (Tak ada apa-apa program masa tu, tapi malas nak pergi) <--- dalam kepala
Buat kat mana?...
Maliza : Kat Melaka.. Ala, jom la... Teman aku...
Fyza : (Melaka!.. Aku tak pernah sampai lagi... Teman je la.. Kesian pulak aku tengok muka budak ni...)
Ok.. Aku pergi teman ko..
Lebih kurang macam tu la perbualan kami.. Pada asalnya nak mengelak, tapi bila dengar nak pergi Melaka, pergi jugak sebab program tu buat kat luar U.. Dapat jugak keluar dari terperap kat bilik... Fikir positif tetiba.. hehe..
![]() |
![]() |
Bila dah sampai :-
- Daftar diri
- Ambil fail
- Daftar bilik
- Ambil gambar.. hehe..
Antara kawan-kawan yang pergi sekali..
Dari kiri, Atiqah, Maliza, Syafiq, Mat, Khadijah..
![]() |
Setiap peserta wajib ambil...
Dalamnya ada aturcara program, borang penilaian aktiviti, dan borang maklumat diri yang perlu diisi..
![]() |
Taklimat, motivasi, ceramah pon ada..
Ini salah satu slot yang ada.. 'Kepimpinan Dalam Kumpulan' yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Shahadan... Antara slot yang Fyza suka sebab cara penyampaiannya sangat menarik.. Ni pon tangkap gambar curi-curi...
![]() |
Yang ini pulak gambar antara aktiviti yang kami buat...
'Andaikan anda sebagai pemimpin agama, nyatakan 3 peranan pemimpin, 3 kemahiran yang perlu ada, matlamat, 5 ciri pemimpin yang ideal dan ikon pemimpin anda'...
(Lebih kurang macam tu la soalan dia)
![]() |
Ni pulak aktiviti di sebelah petang..
Keretapi Belon... Belon kena letak di antara kawan depan dengan kita.. Tak boleh pegang kecuali orang paling hadapan.. kalau belon jatuh, kena mula dari tempat asal... Memang seronok main ni.. Macam-macam ragam..
![]() |
Aktiviti seterusnya, buat pembentangan menggunakan PowerPoint mengenai tajuk yang telah diberi... Kumpulan Fyza dapat tajuk Negara Republik.. Fuhh... Penat jugak la cari info pasal tajuk ni... Apa beza negara republik dengan raja berperlembagaan...
![]() |
Tengah sibuk siapkan kerja, sempat lagi bergambar.. Kami semua dari kolej yang berlainan, tapi satu U.. hehe..
![]() |
Acara penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Ir. Dr. Othman A. Karim..
Penyampaian hadiah pon ada.. Semua kumpulan dapat hadiah.. Tapi tak sempat nak amik gambar... huhuhu...
Akhir sekali, kami pulang ke UKM... Banyak faedah yang kita akan dapat bila kita menyertai sesuatu aktiviti.. Yang pertama, mestilah dapat kawan baru.. Orang cakap, berkawan biar seribu.. Kedua, dapat ke tempat yang menarik.. Kalau tak menarik pon, sekurang-kurangnya kita jejak juga kat tempat tersebut.. Ketiga, dapat ilmu... Walaupon sedikit, tapi bermakna... Gambar di bawah ni hanyalah sekadar kenang-kenangan.. hehe..
Tuesday, 4 June 2013
ABADI
ABADI
Aminuddin Baki's Annual Dinner of Imspiration
Panjangnya nama penuh.. hehe.. Sebenarnya dah lama ABADI ni.. bulan Mei aritu... Tapi baru hari ni nak tulis dalam blog... ABADI kali ini bertemakan 'Di Persada Silam'... Emm, mesti bayang cerita Melayu zaman hitam putih dulu kan... Terbayangkan kecantikan Latifah Omar, keanggunan Datuk Sarimah, ketampanan Datuk Mustapha Maarof, dayang-dayang istana, pahlawan-pahlawan Melayu yang segak.. Apa-apa pon, nah!... gambar je la...
![]() |
![]() |
Bersama kawan-kawan semeja
![]() |
Makanan!!.. Sedap...
![]() |
Pengarah ABADI, Encik Lee Voon Keong...
![]() |
Tahniah, Kak Sutha..
Penerima Anugerah Takoh Aminuddin Baki Kategori Wanita
![]() |
Tahniah kepada Shida & Reffi
Anugerah Pelajar Bestari Tahun Satu
![]() |
![]() |
Gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan
Gambar persembahan tak dapat Fyza ambil sebab meja jauh dari pentas... Tahniah juga kepada semua penerima anugerah.. Semoga penyampaian anugerah kali ini dapat memberi semangat kepada warga Kolej Aminuddin Baki yang lain untuk lebih berusaha serta berdaya saing di masa akan datang... Amin....
Monday, 3 June 2013
Drama Percuma
Ehem.. Ehem.. Ni nak cerita sikit.. Adalah satu hari tu, Fyza ngan dua orang kawan pergi la The Mines.. Dah habis tengok wayang, kami pergi la cuci-cuci mata... Kami yang tengah asyik belek-belek kasut kat satu kedai ni, terdengar la bunyi bising kat kedai tersebut.. Rupanya, ada seorang mak cik ni, gaya ala-ala mak datin, tengah marah seorang pekerja... Tapi pekerja tu kat dalam bilik belakang.. Mula-mula kami buat tak tau je la.. Termasuk la pelanggan yang ada kat dalam kedai tu... Tiba-tiba, mak cik tu cakap, 'orang pendek memang bodoh!'..Pastu, pergi dari situ... Kami ni pulak termasuk la semua pelanggan yang ada tercengang..
Kami yang terasa diri ni pendek pon mula berfikir... 'Pendek-pendek aku pon, dapat jugak masuk U'... Hai, mak cik, sebelum mengata orang lain, tengok la diri sendiri... Mak cik tu ada anak perempuan... Tak takut ke apa yang cakap untuk orang lain nanti jadi anak sendiri... Lagi satu, kalau nak gaduh ke, nak bertumbuk ke, pergi la balik rumah.. Ni tak... Kat tempat awam jugak dia cari gaduh... Dah la ada pelancong asing sekali kat situ... Malu wei... Malu... Mak cik tu pakai tudung pulak tu.. bertambah lagi la malu... Ish! Ish! Ish!...
Pengajaran :-
1. Jangan sesedap je bila nak mengata orang lain, tengok diri sendiri dulu..
2. Kalau bergaduh, bukan di tempat awam ya... Lain la kalau ada penggambaran drama atau filem....
3. Setiap kata-kata adalah doa.. Jadi, jagalah percakapan kita... Tambah-tambah lagi, kata-kata seorang ibu..
4. Ambil pengajaran dari cerita diatas..
Sekadar untuk perkongsian...
Baucer Buku
"Ish! Ish! Ish!... Tak habis lagi baucer buku?...Orang lain dah habiskan lama dah.. Dapat je, terus belanja.. Hahaha.."
Macam tu la kawan-kawan cakap kat Fyza bila dia orang dapat tau yang Fyza baru je habiskan baucer tu.. RM150 pulak tu... Nasib baik tak terlepas tarikh luput.. Bukan la Fyza tak mau nak habiskan awal.. Tapi tak tau nak beli ape... Nak beli buku rujukan, sebelum dapat baucer dah beli dah semua... Takkan la nak beli novel je.. emmm... Ni pon Fyza belikan untuk adik, barang-barang dia untuk masuk asasi nanti... testpad, buku nota, pen, fail dan macam-macam lagi la... Kalau nak beli barang Fyza pon, bukan banyak mana pon.. Tak sampai RM70... Beli untuk adik punya sekali, ha, baru habis.. Kalau tak, pening kepala macam mana nak habiskan baucer buku ni... Apa-apa pon, lepas ni, kalau dapat je baucer, terus buat senarai barang yang perlu dibeli terlebih dahulu mengikut keperluan... Lepas tu, jangan tangguh bila nak beli... maksudnya kat sini, jangan tunggu sampai tarikh nak luput baru nak beli... Kita pelajar universiti ni, makin lama, makin sibuk.. jadi kalau ada kelapangan masa awal-awal dapat baucer tu, luangkan la sedikit masa untuk habiskan baucer tersebut.. Nanti takut tak sempat nak habiskan, siapa yang merana... Diri sendiri juga kan... hehehe...
![]() |
Ni untuk adik..
Fyza punya novel dengan buku 'word search' je.
hehe...
Tuesday, 28 May 2013
Jangan Ikut...
Jangan ikut TARZAN
sebab suka sangat
TAK JAGA AURAT
Jangan ikut CINDERELLA
sebab suka sangat
balik lewat malam buat MAKSIAT
Jangan ikut PINOCCHIO
sebab suka sangat
MENIPU: berdosa je dapat
Jangan ikut ALADDIN
sebab suka sangat
MENCURI tak kira tempat
Jangan ikut SUPERMAN
sebab suka sangat
pakai PAKAIAN yang tak elok dia
buat
Jangan ikut SNOW WHITE
sebab suka sangat
TINGGAL dengan lelaki tak dikenali
Saja nak tambah MAKSIAT
Jangan ikut SLEEPING BEAUTY
sebab suka sangat TIDUR
mengajar kita MALAS untuk bekerja
Minggu Pembentangan Power Point Aplikasi Komputer II
Sambungan dari post yang lepas..
Minggu kedua, 14 kumpulan buat pembentangan... (wow)
Lagi bertambah info yang Fyza dapat.. Tapi Fyza sempat tengok 8 pembentangan sahaja..
Macam-macam topik yang dibentangkan..
1. Pertolongan cemas
Baru Fyza tahu cara merawat luka yang betul.. ada jugak kumpulan ini buat cara-cara melakukan CPR dengan betul... tapi lakonan semata-mata ya..
2. Nostalgia zaman kanak-kanak
Kumpulan ni mengimbau kembali zaman kanak-kanak kami semua... permainan, gula-gula, dan rancangan kanak-kanak dulu yang disiarkan di tv.. rindunyu zaman kecil dulu..
3. Gubahan
Sangat menarik topik yang disampaikan.. Ada pelbagai jenis gubahan.. Semuanya cantik.. Paling suka tengok gubahan buah.. Dari buah tembikai, boleh jadi bunga ros..
4. Stres
Terima kasih kepada kumpulan ni sebab bentangkan topik ini... Maklumlah minggu akhir-akhir ini, tekanan terhadap kerja menjadi-jadi... itu nak kena siap, ini nak kena hantar... memang kena pada waktunya... cara mengatasi stres yang ditunjukkan sangant membantu..
5. Mobile
Sebelum ini, ada aplikasi seperti Instagram dan Viber, yang Fyza tak tau macam mana nak guna.. dalam pembentangan ada ditunjukkan cara-cara penggunaan dan kelebihan menggunakannya.. sekarang ni, Fyza dah cuba dan sangat seronok..
6. Pakaian tradisional
Secara umumnya, Fyza tau la sikit-sikit pasal pakaian tradisional ni... selepas pembentangan Fyza lagi tambah tahu.. Kurta, punjabi dan lain-lain... Fyza pun baru tahu yang baju kebarung berasal dari perkataan 'kebaya' dan 'kurung'.. hehe..
7. Coklat
Fyza salah seorang penggemar coklat.. memang sebelum ni, suka sangat makan.. Tapi, dari fakta yang diberikan, ada jugak keburukan bila makan coklat ni... jadi, Fyza terpaksa kurangkan makan coklat...
8. Parodi
Sebelum ni, Fyza tengok parodi kat Youtube lepas tu gelak-gelak.. Tak tahu pon apa erti sebenar parodi... Kumpulan ini berjaya buat parodi sendiri dengan sangat baik.. Kami satu kelas gelak sebab terlalu lawak..
Macam-macam ragam yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sekelas semasa pembentangan...
Biasa la, nama pon pembentangan... Tetapi, pembentangan kali ini sangat menyeronokkan dan banyak pengajaran serta maklumat yang Fyza dapat..
Monday, 27 May 2013
Minggu Pembentangan Power Point Aplikasi Komputer I
Minggu ke-11 hingga la minggu ke-14 adalah minggu yang paling sibuk bagi mahasiswa-mahasiswi UKM..
Sebabnya, dalam minggu tersebut, semua projek dan assignment perlu dihantar sebelum minggu ke-14..
Pembentangan hasil kerja pon ada..
Kadang-kadang sampai satu hari ada dua pembentangan..
Penat tu, tak payah cakap la kan..
hehehe..
Hari ni, Fyza nak cerita sikit pasal pembentangan power point Aplikasi Komputer..
Minggu pertama, hanya 2 kumpulan sahaja yang buat pembentangan..
Sebabnya, ada masalah teknikal di makmal komputer....
Tapi tak apa.. walaupun sikit, banyak info yang menarik Fyza dapat..
Kumpulan pertama..
Tajuk pembentangan mengenai pantang larang...
Mesti terbayangkan mak yang selalu marah kita waktu kecil dulu kan..
Itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak kena, sini tak kena..
Lucu pulak bila ingatkan balik...
Tahniah Fyza ucapkan kepada kumpulan ni sebab berjaya menyelesaikan teka-teki kami yang selama ni menjadi tanda tanya...
Contohnya, kenapa nombor 4 membawa malang bagi kaum Cina..
Sebabnya, dalam sebutan bahasa Cina, nombor 4 membawa maksud malang..
Kumpulan kedua..
Tajuk pembentangan mengenai kasut..
Sebelum ni, Fyza hanya tau pasal kasut secara umum je la..
Contohnya, kalau ke majlis formal seperti temuduga, kasut mesti berwarna hitam dam bertutup..
Tetapi, hasil pembentangan kumpulan ini, Fyza dapat tau lebih lagi pasal kasut..
jenis-jenis kasut yang ada pada zaman sekarang (wedges, pumps, peep toes)..
Saiz ketinggian kasut yang sesuai pada diri kita,
dan jenis kasut yang sesuai dengan tubuh badan seseorang..
Ok.. tu saja kali ni...
Tamat sesi 1...
Thursday, 25 April 2013
Petua Kampung
CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN
1. JANGAN BERLAPAR
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa
yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot)
untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi
rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan
lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah
kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan
enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh
menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda
kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut
satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk
gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan
pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga
meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara
ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh,
usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus
oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang
kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral
dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat
badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang
memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka
kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal
pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan
diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran andauntuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19.. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran andauntuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19.. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu.
Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda
menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut
anda baru saja terisi..
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong.
Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan,
kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda
kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan
lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula
hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut
atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32
kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet
dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga
untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang
dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang
kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini
dapat mencantik
dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda
minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah
itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam
peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda
makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah
meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali
sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan
minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan
ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau
makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah
segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu
Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas Bersalin. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk
selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air limau nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam,
setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua
ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah
jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu
disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang
telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.
Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi
kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat
mencuba
33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur
sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut
anda akan lebih menarik.
Wednesday, 24 April 2013
Menara Condong
KHAZANAH tinggalan sejarah ada kalanya mewarnai populariti sesuatu tempat. Satu-satunya tinggalan sejarah yang berjaya menjadi daya penarik di negeri ini ialah Menara Condong Teluk Intan. Dikatakan menyamai Menara Condong Pisa di Itali.
KEDUDUKAN
Terletak di antara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.
PANGGILAN
Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga ke hari ini. Apabila bangunan itu telah condong sedikit ke arah Barat Laut, ia mula diberi jolokan menara condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
PEMBINAAN
Struktur yang menyerupai pagoda ini telah dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor Cina bernama Leong Choon Chong. Tujuan asal pembinaanya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar tersebut tidak mempunyai perkhidmatan bomba. Tegak berdiri pada ketinggian 25.5 meter, pembinaan terperincinya memberi satu pandangan bahawa ianya terdiri daripada 8 aras. Namun, jika ianya dilihat daripada bahagian dalamnya, seseorang pengunjung itu pasti akan menjadi kehairanan jika didapatinya ketinggian menara tersebut hanyalah setinggi tiga tingkat sahaja.
SEJARAH DAN KENANGAN
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah itu pernah dilanda pelbagai kenangan. Di antaranya ialah pada tahun 1889 dan 1895 apabila berlaku banjir besar sekali gus menenggelamkan bangunan tersebut. Peristiwa itu adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik. Lebih sekurun yang lampau, tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.
Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
PEMBANGUNAN
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.
Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.
STRUKTUR BANGUNAN
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai lapan tingkat.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.
Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.
MENDAPAT PERHATIAN
Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Fyza terjumpa projek lama Fyza dulu... Kalau tak salah projek Sejarah semasa Tingkatan 3.. hehe..
Tujuan hanyalah untuk berkongsi fakta.....
Subscribe to:
Posts (Atom)