Maliza : 17 sampai 19 Mei...
Fyza : (Tak ada apa-apa program masa tu, tapi malas nak pergi) <--- dalam kepala
Buat kat mana?...
Maliza : Kat Melaka.. Ala, jom la... Teman aku...
Fyza : (Melaka!.. Aku tak pernah sampai lagi... Teman je la.. Kesian pulak aku tengok muka budak ni...)
Ok.. Aku pergi teman ko..
Lebih kurang macam tu la perbualan kami.. Pada asalnya nak mengelak, tapi bila dengar nak pergi Melaka, pergi jugak sebab program tu buat kat luar U.. Dapat jugak keluar dari terperap kat bilik... Fikir positif tetiba.. hehe..
![]() |
![]() |
Bila dah sampai :-
- Daftar diri
- Ambil fail
- Daftar bilik
- Ambil gambar.. hehe..
Antara kawan-kawan yang pergi sekali..
Dari kiri, Atiqah, Maliza, Syafiq, Mat, Khadijah..
![]() |
Setiap peserta wajib ambil...
Dalamnya ada aturcara program, borang penilaian aktiviti, dan borang maklumat diri yang perlu diisi..
![]() |
Taklimat, motivasi, ceramah pon ada..
Ini salah satu slot yang ada.. 'Kepimpinan Dalam Kumpulan' yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Shahadan... Antara slot yang Fyza suka sebab cara penyampaiannya sangat menarik.. Ni pon tangkap gambar curi-curi...
![]() |
Yang ini pulak gambar antara aktiviti yang kami buat...
'Andaikan anda sebagai pemimpin agama, nyatakan 3 peranan pemimpin, 3 kemahiran yang perlu ada, matlamat, 5 ciri pemimpin yang ideal dan ikon pemimpin anda'...
(Lebih kurang macam tu la soalan dia)
![]() |
Ni pulak aktiviti di sebelah petang..
Keretapi Belon... Belon kena letak di antara kawan depan dengan kita.. Tak boleh pegang kecuali orang paling hadapan.. kalau belon jatuh, kena mula dari tempat asal... Memang seronok main ni.. Macam-macam ragam..
![]() |
Aktiviti seterusnya, buat pembentangan menggunakan PowerPoint mengenai tajuk yang telah diberi... Kumpulan Fyza dapat tajuk Negara Republik.. Fuhh... Penat jugak la cari info pasal tajuk ni... Apa beza negara republik dengan raja berperlembagaan...
![]() |
Tengah sibuk siapkan kerja, sempat lagi bergambar.. Kami semua dari kolej yang berlainan, tapi satu U.. hehe..
![]() |
Acara penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Ir. Dr. Othman A. Karim..
Penyampaian hadiah pon ada.. Semua kumpulan dapat hadiah.. Tapi tak sempat nak amik gambar... huhuhu...
Akhir sekali, kami pulang ke UKM... Banyak faedah yang kita akan dapat bila kita menyertai sesuatu aktiviti.. Yang pertama, mestilah dapat kawan baru.. Orang cakap, berkawan biar seribu.. Kedua, dapat ke tempat yang menarik.. Kalau tak menarik pon, sekurang-kurangnya kita jejak juga kat tempat tersebut.. Ketiga, dapat ilmu... Walaupon sedikit, tapi bermakna... Gambar di bawah ni hanyalah sekadar kenang-kenangan.. hehe..
No comments:
Post a Comment