Tuesday, 28 May 2013

Minggu Pembentangan Power Point Aplikasi Komputer II

Sambungan dari post yang lepas.. 
Minggu kedua, 14 kumpulan buat pembentangan... (wow)
Lagi bertambah info yang Fyza dapat.. Tapi Fyza sempat tengok 8 pembentangan sahaja..

Macam-macam topik yang dibentangkan..
1. Pertolongan cemas
Baru Fyza tahu cara merawat luka yang betul.. ada jugak kumpulan ini buat cara-cara melakukan CPR       dengan betul... tapi lakonan semata-mata ya..

2. Nostalgia zaman kanak-kanak
Kumpulan ni mengimbau kembali zaman kanak-kanak kami semua... permainan, gula-gula, dan rancangan kanak-kanak dulu yang disiarkan di tv.. rindunyu zaman kecil dulu..

3. Gubahan
Sangat menarik topik yang disampaikan.. Ada pelbagai jenis gubahan.. Semuanya cantik.. Paling suka tengok gubahan buah.. Dari buah tembikai, boleh jadi bunga ros..

4. Stres
Terima kasih kepada kumpulan ni sebab bentangkan topik ini... Maklumlah minggu akhir-akhir ini, tekanan terhadap kerja menjadi-jadi... itu nak kena siap, ini nak kena hantar... memang kena pada waktunya... cara mengatasi stres yang ditunjukkan sangant membantu..

5. Mobile
Sebelum ini, ada aplikasi seperti Instagram dan Viber, yang Fyza tak tau macam mana nak guna.. dalam pembentangan ada ditunjukkan cara-cara penggunaan dan kelebihan menggunakannya.. sekarang ni, Fyza dah cuba dan sangat seronok..

6. Pakaian tradisional
Secara umumnya, Fyza tau la sikit-sikit pasal pakaian tradisional ni... selepas pembentangan Fyza lagi tambah tahu.. Kurta, punjabi dan lain-lain... Fyza pun baru tahu yang baju kebarung berasal dari perkataan 'kebaya' dan 'kurung'.. hehe..

7. Coklat 
Fyza salah seorang penggemar coklat.. memang sebelum ni, suka sangat makan.. Tapi, dari fakta yang diberikan, ada jugak keburukan bila makan coklat ni... jadi, Fyza terpaksa kurangkan makan coklat...

8. Parodi
Sebelum ni, Fyza tengok parodi kat Youtube lepas tu gelak-gelak.. Tak tahu pon apa erti sebenar parodi... Kumpulan ini berjaya buat parodi sendiri dengan sangat baik.. Kami satu kelas gelak sebab terlalu lawak..

Macam-macam ragam yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sekelas semasa pembentangan... 
Biasa la, nama pon pembentangan... Tetapi, pembentangan kali ini sangat menyeronokkan dan banyak pengajaran serta maklumat yang Fyza dapat..

No comments:

Post a Comment