Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

ABADI

ABADI
Aminuddin Baki's Annual Dinner of Imspiration

Panjangnya nama penuh.. hehe.. Sebenarnya dah lama ABADI ni.. bulan Mei aritu... Tapi baru hari ni nak tulis dalam blog... ABADI kali ini bertemakan 'Di Persada Silam'... Emm, mesti bayang cerita Melayu zaman hitam putih dulu kan... Terbayangkan kecantikan Latifah Omar, keanggunan Datuk Sarimah, ketampanan Datuk Mustapha Maarof, dayang-dayang istana, pahlawan-pahlawan Melayu yang segak.. Apa-apa pon, nah!... gambar je la...



Bersama kawan-kawan semeja


 Makanan!!.. Sedap...


Pengarah ABADI, Encik Lee Voon Keong...


Tahniah, Kak Sutha..
Penerima Anugerah Takoh Aminuddin Baki Kategori  Wanita


Tahniah kepada Shida & Reffi
Anugerah Pelajar Bestari Tahun Satu


Gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan

Gambar persembahan tak dapat Fyza ambil sebab meja jauh dari pentas... Tahniah juga kepada semua penerima anugerah.. Semoga penyampaian anugerah kali ini dapat memberi semangat kepada warga Kolej Aminuddin Baki yang lain untuk lebih berusaha serta berdaya saing di masa akan datang... Amin....

Tuesday, 2 April 2013

Makan Malam Sukem

Fyza saja je tengok gambar lama-lama yang ada kat dalam laptop.. Tetiba, terjumpa satu fail gambar makan malam sempena SUKEM ( Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia ), Kolej Aminuddin Baki...

Kawan-kawan yang duduk 1 meja.. pasal makan je, semua ceria...
makan malam ni diadakan sempena memberi penghargaan kepada atlet-atlet SUKEM yang telah mengharumkan nama kolej di dalam arena sukan... Kolej Aminuddin Baki telah menjadi JOHAN KESELURUHAN bagi SUKEM kali ni... 8 emas, 2 perak, 9 gangsa...

Sedapnyeee.... Penuh meja.. hehe..

Nyam nyam..

Rakan-rakan seperjuangan yang mewakili kolej bagi acara bola jaring...

Monday, 4 March 2013

DINNER SUKIPT 2012



Korang tau kan SUKIPT tu apa?...
SUKIPT tu Sukan Institut Pengjian Tinggi dan merupakan antara sukan yang terbesar di peringkat kebangsaan. Tapi fyza kat sini bukan la nak cerita pasal sejarah penubuhan SUKIPT ke, siapa ketua dia ke, bukan bukan…. Hehe.. sebenarnya nak bagitau yang kitorang SUKARELAWAN SUKIPT UKM baru je buat dinner… hehe.. 21 Mac 2013, jam 9 malam..

Dinner ni, tak lah semewah mana pon… Dewan Gemilang je… (kepada sesiapa yang pernah jejak kaki kat dewan tu, tau lah macam mana rupanya).. Dinner ni hanya lah sebagai tanda penghargaan kepada semua sukarelawan sukipt (70 orang je) yang terlibat di semua venue pertandingan.. nak tau lagi, taip je link ni http://sukipt.com.my/


                

     
Antara kawan-kawan yang fyza kenal sewaktu sukipt.. 
waktu ni, ada orang tengah berucap.. sebab tu control sikit.. ish ish ish...



                                                            



dah habis makan nasi beriyani... umm.. nyam nyam.. 
kertas survey pon ada... isi-isi...









cabutan bertuah pon ada... 
tapi tak pernah bertuah.. haha..





kak linda... akak yang prihatin lagi penyayang...

akhir sekali, fyza nak bagitau, tak rugi pon kita jadi sukarelawan.. bukan sebab dapat makan free ke, duit ke atau apa2 kelebihan yang lain... yang penting kita belajar benda baru... walau penat macam nak lembik sekali pon, pengalaman yang kita lalui x boleh dibeli dengan wang ringgit atau dijual... sekian....