Monday, 3 June 2013

Baucer Buku

"Ish! Ish! Ish!... Tak habis lagi baucer buku?...Orang lain dah habiskan lama dah.. Dapat je, terus belanja.. Hahaha.."

Macam tu la kawan-kawan cakap kat Fyza bila dia orang dapat tau yang Fyza baru je habiskan baucer tu.. RM150 pulak tu... Nasib baik tak terlepas tarikh luput.. Bukan la Fyza tak mau nak habiskan awal.. Tapi tak tau nak beli ape... Nak beli buku rujukan, sebelum dapat baucer dah beli dah semua... Takkan la nak beli novel je.. emmm... Ni pon Fyza belikan untuk adik, barang-barang dia untuk masuk asasi nanti... testpad, buku nota, pen, fail dan macam-macam lagi la... Kalau nak beli barang Fyza pon, bukan banyak mana pon.. Tak sampai RM70... Beli untuk adik punya sekali, ha, baru habis.. Kalau tak, pening kepala macam mana nak habiskan baucer buku ni...  Apa-apa pon, lepas ni, kalau dapat je baucer, terus buat senarai barang yang perlu dibeli terlebih dahulu mengikut keperluan... Lepas tu, jangan tangguh bila nak beli... maksudnya kat sini, jangan tunggu sampai tarikh nak luput baru nak beli... Kita pelajar universiti ni, makin lama, makin sibuk.. jadi kalau ada kelapangan masa awal-awal dapat baucer tu, luangkan la sedikit masa untuk habiskan baucer tersebut.. Nanti takut tak sempat nak habiskan, siapa yang merana... Diri sendiri juga kan... hehehe...


Ni untuk adik.. 
Fyza punya novel dengan buku 'word search' je.
hehe...  






No comments:

Post a Comment