Tuesday, 23 April 2013

Ekspedisi ke KL

'Ekspedisi ke KL' adalah salah satu aktiviti dalam program TBGL (Towards Becoming Genuine Leader) kali ini... Yang seronoknya, peserta dikehendaki menaiki KTM sahaja.. Duit tambang, fasi bg RM50 bagi setiap kumpulan.. Duit makan sekali la tu.... Setiap tugasan, kami wajib selesaikan dan dibuktikan dengan gambar...

Tugasan 1
Stesen KTM UKM
Ambil gambar pada papan tanda KTM UKM dan beli tiket ke Bank Negara

Tugasan 2
Bank Negara
Sila melintas jalan di Jalan TAR dengan gaya yang kreatif
(waktu ni, penat tunggu lampu isyarat tukar wrna hijau... Sabar je la..)

Tugasan 3
Coliseum Theatre
Bollywood dalam realiti


Tugasan 4
Bangunan lama
Buat 'Hati' pada bangunan tersebut
(cabaran di sini ialah tahan malu.. bila lampu isyarat warna merah, semua pemandu kenderaan, tak kira la motosikal ke, kereta ke, lori ke, semua pandang kami..)


Tugasan 5
Bangunan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Gaya 'inilah dia'....

Tugasan 6
Dataran Merdeka
Lompat... 
(Sebenarnya, sampai sini, semua dah penat termasuk la fasi kami... tapi, demi tugas, kami buat jugak..)

Tugasan 7
Perpustakaan Kuala Lumpur
Gaya 'Bangga berada di sini'

Tugasan 8
Kompleks Daya Bumi
Gaya mengikut kreativiti
(waktu ni dah penat sangat... gaya yang kami buat pon entah apa-apa..)


Tugasan 8
Stesen KTM Kuala Lumpur
Gerakkan kereta api anda sendiri.. 



Kami habis semua tugasan kami dalam pukul 12.30 tengah hari.. Memang penat... Penat-penat pon, tapi seronok sangat.. Tugasan terakhir untuk hari tu, peserta perempuan perlu membeli tiket ke Tanjung Malim untuk ahli kumpulan mereka manakala peserta lelaki menunaikan solat jumaat.... Pada hari tersebut, memang banyak yang Fyza belajar... 
1. Jangan malu untuk bertanya... Kalau tak nanti sesat jalan...
2. Jangan malu untuk melakukan sesuatu perkara jika perkara tersebut tidak merosakkan nama dan imej sebagai pelajar universiti..
3. Sentiasa memberi sokongan pada ahli kumpulan.. walaupun kita sendiri penat.. hehe...

No comments:

Post a Comment