Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini, 13 April 2013, Fyza dah sampai UKM.. Walaupun, cuti pertengahan sem akan berakhir esok, tapi Fyza dah balik.. bukan tak mahu balik esok, tapi memikirkan kerja yang belum siap tambah-tambah yang perlu menggunakan internet.. kat rumah ada je broadband, tapi tu satu keluarga guna... jadi, faham-faham la kan... hehe..
Hari ni jugak, buat pertama kali, Fyza balik UKM naik KTM.. Selalunya ayah ngan ibu yang hantarkan.. Klau balik rumah, memang la banyak kali.. tapi ni dari rumah ke UKM... hehe.. 5 minit selepas isi minyak, ibu tanya ayah, "abang nak pegi mane ni?", ayah jawab "bukan nak hantar along terus ke?..", ibu balas " memang la hantar along, tapi sampai KTM je..".. Rupanya, ayah salah jalan.. terpaksa la buat patah balik.. nasib baik tak jauh dari tempat u-turn..
Sebab Fyza naik KTM:
1. perjalanan selamat - jalan lurus je.. tak payah nak tukar train... tak de la tersangkut kat tengah jalan bila ada kemalangan atau lampu isyarat rosak
2. jimat duit - kalau naik kereta, minyak kena isi sampai RM 30.. kalau naik KTM RM 4.90 je..
3. jimat masa - klau naik kereta, 2 jam atau 2 jam setengah baru sampai UKM.. kalau naik kereta api, lebih kurang 1 jam 15 minit dari KTM Sg Buloh sampai KTM UKM... lepas tu, naik la bas UKM 6K/6Z...
4. ayah dapat tido - sebenarnya, hari ni ayah kerja malam.. jadi kalau nak kerja malam kena la tido siang kan...
Ok.. ni sahaja buat masa sekarang.. hehe... sekian...
No comments:
Post a Comment