Minggu ke-11 hingga la minggu ke-14 adalah minggu yang paling sibuk bagi mahasiswa-mahasiswi UKM..
Sebabnya, dalam minggu tersebut, semua projek dan assignment perlu dihantar sebelum minggu ke-14..
Pembentangan hasil kerja pon ada..
Kadang-kadang sampai satu hari ada dua pembentangan..
Penat tu, tak payah cakap la kan..
hehehe..
Hari ni, Fyza nak cerita sikit pasal pembentangan power point Aplikasi Komputer..
Minggu pertama, hanya 2 kumpulan sahaja yang buat pembentangan..
Sebabnya, ada masalah teknikal di makmal komputer....
Tapi tak apa.. walaupun sikit, banyak info yang menarik Fyza dapat..
Kumpulan pertama..
Tajuk pembentangan mengenai pantang larang...
Mesti terbayangkan mak yang selalu marah kita waktu kecil dulu kan..
Itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak kena, sini tak kena..
Lucu pulak bila ingatkan balik...
Tahniah Fyza ucapkan kepada kumpulan ni sebab berjaya menyelesaikan teka-teki kami yang selama ni menjadi tanda tanya...
Contohnya, kenapa nombor 4 membawa malang bagi kaum Cina..
Sebabnya, dalam sebutan bahasa Cina, nombor 4 membawa maksud malang..
Kumpulan kedua..
Tajuk pembentangan mengenai kasut..
Sebelum ni, Fyza hanya tau pasal kasut secara umum je la..
Contohnya, kalau ke majlis formal seperti temuduga, kasut mesti berwarna hitam dam bertutup..
Tetapi, hasil pembentangan kumpulan ini, Fyza dapat tau lebih lagi pasal kasut..
jenis-jenis kasut yang ada pada zaman sekarang (wedges, pumps, peep toes)..
Saiz ketinggian kasut yang sesuai pada diri kita,
dan jenis kasut yang sesuai dengan tubuh badan seseorang..
Ok.. tu saja kali ni...
Tamat sesi 1...