Hai, kawan-kawan….
Aku
sebenarnya baru balik dari latihan PPC…
PPC???...
Apa tu?...
Pertandingan
Pakaian Cun… tteeeett… Pertandingan Perempuan Cantik…
Tteeeeettt…….
Salah…….
PPC ialah
Pertandingan Pertolongan Cemas…
“Oo… ahli
BSMM la ni?....”
Ya, saya…
Setiap kolej
akan hantar 1 pasukan ,6 orang…
PPC ada 5
bahagian:-
1. Kuiz
Kuiz, kuiz la… juri akan tanya soalan, kita jawab… senang
cite kan… haha.. tak de lah… kuiz ni juri akan tanya pasal sejarah BSMM,
kecederaan, penyakit dan undang-undang.. nmpak banyak kan… bukannya aku sorang
yang masuk… pandai-pandai la bahagikan…. Hehe..
2. Balutan
Balut je la… tapi bukan sebarang balut.. balut kecederaan…
contoh, patah, terbakar, terseliuh dan luka-luka ringan…
3. Kawat
Paham-paham sendiri la….
4. Mock Case
Ha… ni yang best… juri akan bagi satu kes yang SEBENAR,
kemudian kami kena selesaikan kes itu… contohnya kemalangan di antara kereta
dan motosikal… kami kena ANGKAT/BAWA mangsa ke tempat selamat, baru boleh rawat
dia…. ni BETUL-BETUL…. Pesakit tu, hanya pelakon upahan …
5. Community Base
Juri tak akan bagi kes atau soalan… haaa????... macam mana
kalau tak ada soalan?... ha.. di sinilah akan diuji pengetahuan kami tantang
penyakit.. contoh, kami pergi ke kampung A… berjumpa dengan penghulu, kemudian
menyiasat 1 rumah… macam detective conan pulak kan..kumpulkan semua maklumat..
lepas tu, pujuk keluarga tersebut untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan…
Kenapa berminat nak masuk?.... Sebab nanti tahun dua dah tak
boleh nak masuk.. hehe.. tak de lah.. tapi memang betul pon… masuk sebab aku
pikir, bila lagi aku boleh masuk… tahun dua dah sibuk… lagipon, aku boleh
praktikkan apa yang telah aku belajar selama ni… merasa la jugak macam mana nak
buat CPR… haha… Korang ada?....
Ok… tu je nak cerita…
“walau apa pon yang
terjadi atau apa yang kita alami, ia adalah sebuah pengalaman…”
-hafizah sarwor-
No comments:
Post a Comment